Thursday, January 17, 2013

Juadah Jamuan


Baru perasan ada banyak gambar2 makanan yang ada dalam camera ni. Semua makanan ni adalah dari majlis2 jamuan dari bebeberapa unit kat ofis. Kebanyakan masa jamuan selepas raya lah ni. Kepada pengamal diet masa jamuan ni lah masa yang sangat2 mencabar. Tapi pilihan yang ada samada nak rasa2 aje atau makan terus apa yang ada.Kalau rasa tak tau apa nak makan bole refer kat gambar2 ni mesti dapat pilihan hati.

Nasi kerabu, laksam, roti jala, lontong.

Nasi dagang ni sedap bebenar masa ni. Kuah amat ngam sekali.

Kalau pada yang kuat berpedas tu kunyah lah cili padi yang di hias ni sikit.

Sampai sekarang terkenangkan puding jagung ni, sebab dah banyak sangat makanan yang untuk dirasa2 tu terlupa nak ambik seketul ni, walaupun masa snap pic ni sangat teruja nak ambik kejab lagi....tapi lupa la pulak tambahan kenyang sangat kot.

Kemas dan cantik cara pemotongan buah tembikai ni hah.

Kepada peminat pulut sure u ols terkecur air liur tengok lemang yang lemak dan suam2 ni bercicah rendang daging ni kan.

Kuih dan segala manisan .

Ni nak citer tentang satey. Setiap kali ada jamuan yang menghidang satey ni ia akan menjadi tumpuan dan akan menjadi pilihan pertama dinikmati. Ini hasil dari research yang dah dibuat dari beberapa caterer dan pengalaman dalam menyediakan makanan. Selalunya satey ni jugak akan jadi juadah yang cepat abis.Mungkin jugak sebabnya ia mudah nak diambil dan selalunya satey ni agak terhad kuantitinya ikut anggaran tetamu , ni yang buat masing akan ambik ni dulu. Setakat menjadi pengendali jamuan ni tak pernah sekali ada satey ni bole bertahan hingga ke akhir jamuan, mesti dalam masa tak sampai sejam pasti clear semua.Walau pun estimation secara berlebihan dah dibuat berdasarkan tetamu. Hmmm nepe ye...

Buah2 ni bole dimakan berselang seli dengan kuih2 pelbagai tu.

Cheese tarts ni memang solid tapi kalau juadah berat dah diambil selalaunya nak abiskan setengah pun x larat.

Kalau disebut nama kuih ni memang x glamour langsung. APAM.. tapi kemain lagi sekarang ia dah diupgrade bukan main cantik lagi niiii. Walau still dipanggil apam, siap berperisa lagi dan berwajah pelbagai rupa dah cik APAM sekarang.

Lontong, laksa dan tak lupa
 Tauhu sumbat.

 Mee goreng basah ni sangat laku, perencah mewah dan mee basah2, memang terangkat.

 Laksa Johor ni agak jarang juga nak dapat dalam jamuan. Kalau ada pun jarang yang dapat resepi yang benar2 Johor. Kena dengan sambal belacan .

 Cream caremel ni dimakan masa layan perut yang dah kenyang as deserts....suka ngn caremelnya tu.

 Pulut kuning dengan sambal tumis bilis.

 Mee kari

 Cake berlapiskan puding caremel.

Roti jala digandingkan dengan serawa durian dan kari ayam. Sangat sedap pilih la nak cicah ngn kuah yang mana asalkan jangan dicampur kedua2 kuah tu bersama.

7 comments:

  1. office UM ni dah mcm office catering weii, caramel tu mcm sedap, ni belum kau buat puding kastard resepi turun temurun lagi, tu boleh gaduh ngan bibik klu dia habis kan, siap sorok dlm peti ais atas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes next N3, resepi temurun. Sip baik kau x ngikut sorok makanan dalam periok kat ghobok paling atas.

      Delete
  2. salam singgah..banyaknye makanan!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Emma ; thanks sudi singgah. Jemput datang lagi.

      Delete
  3. salam kak haneem, banyaknya makanan! ni yang buat lapar sejuk2 kat sini! semua nampak sedap, miss malaysian food!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rosa ; yang dok kat panas ni pon lapar tengok sume tu,nanti bila balik sini boleh menikmati semua tu k.

      Delete
  4. Alhamdulillah. Terimakasih. Tak delah pening kepala nak fikirkan apa nak buat utk jamuan akhir tahun kelas anak2 nanti. Good job!��

    ReplyDelete

Tulis la apa2 aje......