Monday, November 6, 2017

Cendol Rumbia Kenyal Kenyal , Sedap Dikunyah

Sempena balik dari kenduri kahwin dari Muar singgah tempat jual cendol ni. Mula tahu dari TV slot Majallah 3, Cendol rumbia. Mungkin bagi anak anak kini tak tau apa hasil rembia ni. Bagi aku ia adalah nostalgia sebab ditahun 70 an batang pokok ni ada di kampung dan masih dalam ingat arwah nenek guna sagat rumbia ni,,hasilnya tepong ni dibuat lempeng ,,,,sedap wei,,ia liat2 dan lemak.
Dengan bantuan pak cik Waze maka tiba lah saya gerai Cendol Rumbia ni di kg Labu negeri Sembilan, dekat dengan Nilai dah.Tiba sini masa sedang elok untuk minum petang dengan cuaca panas berdenting. Ada pisang goreng panas dan popia gemok kemain padat isi...terbaik
Sedap cendol ni, kenyal kenyal dan lemak ,,Aduhai, murah je semangkuk 2.50. Kalau lebih kan harga besarkan mangkuk tu lagi bagus. tapi bole je korang ulang berkali kali sampai mana boleh.
Ni hah rupa cendol rumbia tu...susah nak hasil kan ni.





Acuan nak lenyek cendol tu
Sambil makan cendol ni mata terpandang deco dalam kedai ni,,,,aku tau menda ni sebab pernah tengok masa kecik dulu ni dia sagat batang rembia.Ia bermata kan paku. Dan kena 2 orang untuk sorong tarik sagat ni.
Ni lah kedai tu...pada yang nak cuba rasanya cendol ni dijual hanya 3 hari seminggu je,,kalau tak silap,. Hari lain tuan nya di carik batang rembia untuk proses jadi cendol ni.

Ni pun antara kenyal yang saya suka. Snow Flake dinamakan. Dalam nya ada benda yang kenyal kemain asyik kalau dikunyah. Bijian keledek yang kuning tu asik weh. Kena gali lah dia dok bawah mangkuk tu.
Ni  kuih butir nangka, ia kenyal dan chewwie, lemak manis,,mmmmmm





Kuih ni paling disukai,puteri mandi, mitos kuih ni masa zaman kecik dulu mak selalu cakap lepas buat kuih ni petang nanti akan hujan,,,agaknya puteri ni panas lah dia mandi manda,,tapi adalah petang tu adalah hujan pasti kebetulan,,ada kala panas berdenting berbulan,,,mitos jangan tak bercerita ngn anak anak ye tak.
Hah yang ni tak la kenyal sangat tapi aduhai musim panas ia sangat menyaman kan tekak.Cendol durian. Kemain lagi cendol dah upgrade ye. Tambah durian dah jadi RM15.00.
Tapi ngam pulak si cendol ni bersuami kan durian ni.

Kenyal kenyal, kunyah kunyah.......

1 comment:

Tulis la apa2 aje......