27 Februari genap Farhan 19 tahun . Kini sedang meniti alam remaja. Rasa begitu cepat masa berlalu tapi masih jelas dalam ingatan waktu hari pertama menatap wajah anak pertama dan begitu teruja setiap detik mengikut perkembangan anak.Anak belum pandai duduk dah didudukkan siap sendal dan kepit dengan kusyen, baru nak merangkak dah ditatihkan sebab tak sabar nak tengok dia berjalan dan baru masuk sekolah dah cuba test make up pulak. Kini semua peringkat dah dilalui dan menjejaki ke alam remaja pulak.Walau pun tidak dibiasakan dengan cara memberi hadiah dan mengadakan majlis tiap kali ulang tahun tapi sekali sekala akan dia jugak mendapat sesuatu mengikut keperluan walau pun kak Ann tak pernah mintak. Selalunya dengan acara tiup tiup lilin sesama adik beradik dan makan cake yang mak beli dari kedai cake dan semestinya flavour cake tu mengikut selera mak saja. Pertama kali beli cake untuk kak Ann semasa meraikan ulang tahun setahun dulu (1993) bukan main lagi mak tempah cake huruf nombor 1 yang amat besar. Al maklum lah untuk anak pertama. Semasa tu kami semua berada di kampung dan hanya dirai bersama keluarga sahaja dek terlalu besar cake tu dah berkali kali keluar masuk fridge dekat nak seminggu itu pun setelah puas Kak Ann dan Acu (pak su) main pasang dan tiup lilin sampai lilin tu terbakar hingga ke cream cake......
Sangat menyukai kuching, dan pernah mengutip anak kuching terbuang dari tepi jalan untuk dipelihara walaupun mak agak berat nak membenarkan dan beberapa kali jugak cuba nak buang kuching tu tapi rezeki kuching tu dengan keluarga kitorang memang cerah, dia balik semula kat rumah (buang disekitar perumahan je tapi pandai pulak dia carik rumah semula).
Sewaktu nak bercuti yang agak lama kuching tu akan dibawa serta, siap masuk dalam hand beg kechik masa nak check in hotel. So jadiklah dia part of keluarga jugak siap kena budget untuk makanan dan susu siap bakul untuk tidur dalam kereta. Peristiwa tidak boleh dilupakan jugak ketika kak Ann berusia 3 tahun mak telah bawak beberapa ekor kuching yang dipelihara kat rumah untuk dibuang di Hospital Rembau (dekat dengan kantin untuk senang dia cari makanan).Malang nye kak Ann menyedari hal ni dan meraung tak henti henti dari Rembau hingga KL, dan akhirnya tertidur dalam esakan sebab letih menangis.....sorryyyyyy
Walaupun tak pernah minta apa apa hadiah atau ganjaran tiap kali ulang tahun, tetapi ada satu permintaan kak Ann baru ni buat mak dan abah terkedu jugak,,,,,,berbaloi la dia tak pernah mintak apa sebelum ni,,,dah cuba nak punya sebuah kereta.....Insyaallah jika dimurahkan rezeki keluarga ye tapiiiii bergantung jugak jika ia untuk kegunaan untuk kemudahan belajar akan diikhtiarkan.
Semenjak kak Ann dah ada lesen ni, abah dan mak cepat pulak mengantuk bila drive untuk long distance ni, tapi kepercayaan dah diberi dan sambil tu abah banyak bagi tips tips untk pemanduan yang selamat dannnnnn berhemah. Tapi kak Ann akan pecut jugak bila dah dengar dengkuran dari abah kat belakang tu.....
Walau berbagai peristiwa yang dilalui, kini kak Ann dah boleh jadik tempat untuk mak discuss pasal fesyen, make up dll. Tapi dalam pilihan untk fesyen selalunya kita selalu clash. Apa yang kak Ann berkenan selalunya tak menarik kat mata mak.Pernah kak Ann bagi tips kalau nak belikan dia corak kain pilihlah yang mak tak berkenan....sebab selalunya itu pilihan dia.Tapi tak kisahlah tu sebab dulu mak dengan tok mak pun dalam situasi yang camni jugak.
Sempena ulang tahun kak Ann yang ke 19 ini mak dan abah sentiasa mendoakan agar kan Ann mendapat segala yang terbaik dan menjadi anak yang solehah.
Wah dah 19 tahun umur kak Ann. Hepi besday.
ReplyDeleteMyVi puteh mmg sesuai utk kak Ann.. :D
selamat hari lahir Farhan.. semoga dimurahkan rezeki dan di hadiahkan Myvi... ammiinnnn
ReplyDeletenota : susah nya nak tulis comment kat sini. mungkin perlu buang verification words supaya lebih mudah berikan komen :-)
Pala Maldini : TQ, ye moga murah rezeki dan kak Ann sure aminkan doa ini lagi panjaaaaang....
ReplyDeleteNote : macamana nak buang verofication tu? bole ke?
happy birthday kak ann.. dah besar budak rambut tegak pacak uda mandikan dan bagi susu masa cuti itm dulu.. klu mandikan kangkang kiapkan je tepi baldi maklumla jadi bibik tak terlatih sib baik tak kena longsor ngan air terus ke lubang air dek kurus benar... ingat dek kurus sangat masa baby atok mak hari2 check dada yang nampak berlubang masa tarik napas ingatkan ada jantung berlubang rupa2 bahagian kosong gap tulang dada dek kurus benar... i lap u akak ann
ReplyDeletetry cari di google..
ReplyDeleteatau baca entry saya ini :-)
http://palamaldini.blogspot.com/2010/10/buang-word-verification.html
Pala Maldini : Tima kasih banyak2 saya dah buat.
ReplyDelete