Monday, March 21, 2011

Jatuh Cinta Lagi

 Mula mengenali perfume semenjak dari kecil lagi, mak dan abah share guna perfume yang sama dengan cara menitiskan kat saputangan, Pewangi yang dipanggil Santalia pasti mengharum jika diorang pakai untuk keluar jalan2. Aruah nenek pulak menggunakan pewangi Brut yang berbotol hijau dan ada kepingan silver kt botol tu. Sebenarnya pewangi tu untuk lelaki tapi aruah nenek pakai jugak sebab masa beli dulu bukan nak tau pun untuk perempuan atau lelaki, janji bau sedap. Bau ni sangat nostalgia pasti kenangan dengan nenek (mak tua) kembali berputar.Apabila bersiap nak pegi kenduri kahwin je pasti nenek titis kat saputangan dan sapu2 sikit kat baju.


Rupanye perfume ni masih  ada lagi sekarang, tau dari google.Launch in 1964. Semestinya masa diorang menggunakan perfume ni aku juga tumpang sekaki aktiviti tu. Memang suka sangat yang harum2 ni.
Tahun 1980 an masa masih sekolah lagi beli pewangi Mistral berbotol biru, masa tu pelakon Maria Arshad jadik model untuk perfumed tu, kat TV atau majalah banyak keluarkan iklan tu,,,,ni terpengaruh la jugak,,,,beli lah satu.
Bila dah bekerja mula lah ronda2 dan pusing berkali2 kat kaunter perfume di shopping complex. Berjaya memiliki pewangi Estee lauder setelah beberapa bulan kumpul duit gaji.


Ini pulak perfume dari hantaran kahwin. Aroma ni memang lah lagiiiiii banyak kenangan......

Walau pun masih setia dengan brand Estee, suka jugak dengan lain lain brand, janji bau tu sedap. Tidak menunggu pewangi yang ada habis, aku akan membeli yang lain jika ada yang berkenan.Ada juga perfume yang dapat dari pemberian,  sangat suka dan amat dihargai, akan pakai tiap pewangi secara bergilir gilir.Peristiwa tak boleh lupa masa zaman bujang bersama sahabat ku Jey.....dengan tujuan untuk membeli telah mencuba pelbagai pewangi ni, untuk puaskan hati sebab nak dapat pilihan yang tepat, tapi disebabkan terlalu banyak jenis yang dah disembor, hidung pun dah confuse untuk dapat pilihan yang dihendak. Dulu tidak disediakan biji kopi untuk neutralkan bau macam sekarang ni. Akhirnya kami melangkah keluar dengan kepala dah pening dek bau yang pelbagai. Menuju ke KFC sebab dah lapar, tapi berasa hairan ayam goreng yang terhidang berbau wangi, tanpa menghabis hidangan kami mengambil keputusan balik rumah......dan penamat cerita hari tu....muntah akibat mabok dengan pewangi yang dihidu. 
Sedang memiliki Sensuous ni waktu jualan Cristmas sale tahun lepas...........tapi.....


Dah jatuh CINTA dengan ini pulak. Semasa melintas kaunter pewangi ni salesgirl ayu berkulit mulus menyapa suruh mencuba pewangi ni.Dengan gaya lemah gemalai terus buat promosi dan sembur sikit kat pergelangan tangan.
Aku ; Berapa harga klow ni dik
Dia ; Sebutan nya klowee kakak, harganya.....dan bla bla bla..
Dia ; Bau dia makin lama makin sedap kakak, kalau kakak nak beli cari saya nanti ye.
Aku ; Ok dik ( tetiba terpandang halkum adik manis ni pulak)......

Pada malam tu kat bilik tidor berbau sangat harum tanpa tau mana punca nya, hingga kesesokan baru tau sumber bau yang wangi tu dari baju yang dipakai semalam yang terkena semburan pewangi dari adik manis tu. 
Hah ni lah yang buat dah jatuh cinta kat yang di atas ni pulak. Tapi tak tau lah bila dapatnye.....


5 comments:

  1. hai hanim, kak zaiton ni.
    tajam tul ingatan u. akak pun rasa nostalgia gak bila baca pasal brut. Masa tu akak sekolah rendah kalo tak silap, abang akak yg pakai. akak rasa mmg dia terror sebab org kg takde yg pakai hehe..klakar..

    ReplyDelete
  2. hai kak zaiton,
    perfume ni memang bole mengingatkan kita pada kenangan2. Bila cium bau Brut ni terus teringat masa nenek pimpin tangan saya nak gi rumah orang kahwin sbab kitorang dah semerbak bau yang sama. Satu lagi perfume avon -Topaze- yg ada batu topaze kuning kat ats penutup tu....he he ni pon nostalgia.

    ReplyDelete
  3. aku tak tahan dengan minyak wangi.. so, memang tak pernah purposely pakai...

    aacchooommm..

    ReplyDelete
  4. Pala Maldini , tak pakai pun tak pe asal kan cik puan kpp suka dengan bauan asli u, kalau x biasa dia pulak yang aaachooommm

    ReplyDelete

Tulis la apa2 aje......